Siapa Kami

Kami pasukan yang suka Giler berniaga

Kami di Glory Empire mengamalkan berniaga secara berjemaah atau beramai-ramai. Pasukan Glory Online berpengkalan di Muar, Johor. Pasukan Online fokus kepada jualan Online, Pemasaran Online dan Support Service bagi semua operasi Glory Empire.

Kami juga mempunyai pasukan Offline yang mempunyai kedai di Muar, Johor dan Taman Equine, Seri Kembangan. Pasukan Offline menguruskan segala urusan jualan secara Offline termasuk promosi & penjenamaan Kedai Glory.

Lebih meriah lagi kami bersama-sama pasukan jualan yang mantap lebih mudah dipanggil sebagai Agent Glory. Kami berniaga bersama-sama Agent bagi menyeronokkan lagi suasana kami berniaga.

Nak Jadi Agent? Anda hanya perlu membeli slot melalui blog ini

Kami Yakin

“the More you Give, the More you Get”. Kami yakin semakin banyak kita memberi, semakin banyak kita akan dapat. Keyakinan yang sangat teguh dan jitu. Jika tidak dapat di dunia, insya-ALLAH akan dapat habuannya di akhirat sana.

Apa yang kita beri dan apa yang kita akan dapat bukan hanya dalam bentuk Ringgit tetapi banyak nikmat yang lebih besar lagi. Insya-ALLAH, dengan berniaga beramai-ramai pasti lebih seronok daripada berniaga berseorangan.

Buat masa ini, Produk kami dalam tempoh sebulan :-

40%
Baju Kurung
40%
Jubah
15%
Blouse
5%
Kain Cotton

Kisah Silam Glory

Glory Collection mula membuat jenama sendiri pada April 2012. Alhamdulillah, sedar tak sedar dah beberapa tahun kami berniaga dan berkembang dengan support daripada anda semua.

Buat masa ini misi kami masih sama, untuk memudahkan & memberi peluang untuk semua semua orang berniaga bersama-sama kami.

Sasaran Tahun 2015

Tahun 2015 lebih mencabar kerana kali ini kami set sasaran berganda-ganda lebih tinggi daripada tahun sebelum ini. Insya-ALLAH ada beberapa sasaran yang telah dikongsikan bersama Agent Glory.

Anda semua doakan kami berjaya yer :-)

doakan Glory